ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢ


JANGAN BERHENTI BERTAUBAT.

                                                                                         ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
     
Assalamualaikum dunia persinggahan. Sudah sekian lama tidak ku coretkan sesuatu di laman nadi cerita ku. MasyaAllah rindunya pada laman ini. Wahai Penciptaku, syukur syukur dan syukur alhamdulillah untuk setiap hela nafas dan nikmat yang tak terkira yang Kau berikan pada hamba Mu yang penuh dosa ini. Alhamdulillah nad sekarang sudah berada di alam universiti. Alam dimana nad belajar untuk terus menjadi dewasa yang berilmu untuk agama , bangsa dan negara. InsyaAllah. Nad tidak akan toleh ke belakang lagi untuk hidup didalam kisah yang penuh duka lagi, nad akan terus melangkah mencari kebahagian sendiri kerana Allah. Setiap detik masa , nad belajar macam mana buruk sekali pun masa lalu mu, hidup harus diteruskan hari ini dan insyaAllah ia akan menjadi sesuatu yang indah di kemudian hari. Nad tidak mengharap lebih cukuplah Allah menerima taubat nad dari segala dosa-dosa yang disedari atau tidak.  

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Tidak menjadi dosa besar perbuatan yang disertai istighfar dan bukanlah dosa kecil sekiranya dilakukan berterusan." (At-Tirmizi)

Rasulullah ﷺ bersabda lagi: "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Ibn Majah).

Tiada siapa yang terlepas dari berbuat dosa kecuali para Nabi dan Rasul-Rasul. Rasulullah ﷺ sendiri semenjak kecil Allah  (سبحانه وتعالى) pelihara dirinya dari terjerumus kepada dosa biarpun dosa kecil. Begitu pun baginda terpelihara dari dosa dan maksum, namun baginda bertaubat setiap hari tujuh puluh kali atau seratus kali.

قال أبو هريرة : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة

'Demi Allah! Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih daripada 70 kali." (Bukhari: 6307)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يا أيها الناس! توبوا إلى الله. فإني أتوب، في اليوم، إليه مائة مرة

Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali (Muslim)

Perbuatan dosa dan maksiat mendatangkan kesan segera kepada jiwa dan perasaan manusia. Bagaimana rasa hati kita andainya berbuat salah kepada orang lain? Tentulah kita akan dilanda resah gelisah. Fikiran juga menjadi kalut dan kusut. Itu membuatkan hilangnya kebahagiaan hidup.

Bagaimana pula rasa hati andainya berpeluang minta maaf dan orang itu sudi memaafkan? Tentulah kita akan merasai seolah-olah satu beban berat yang selama ini dipikul sudah terlucut. Tentulah dapat merasai kelegaan yang amat sangat.

Sesungguhnya kita akan merasai seksaan jiwa yang lebih berat apabila berbuat berbagai dosa dan kemungkaran terhadap Allah  (سبحانه وتعالى). Tekanan perasaan yang dialami jauh lebih berat berbanding perlakuan derhaka seorang rakyat kepada rajanya, atau dosa seorang anak kepada ibu bapanya.

Allah  (سبحانه وتعالى) Maha Pengampun. Rahmat Allah  (سبحانه وتعالى) sangat luas berbanding kemurkaannya. Allah  (سبحانه وتعالى) mengasihi hambaNya lebih kasih berbanding seorang ibu kepada anaknya. Dan Allah  (سبحانه وتعالى) sangat Maha Mendengar hatta lintasan hati hambaNya. Dengan sebab itu sama ada kita berdosa atau tidak, sebagai hamba wajar sering merintih memohon keampunan dan mengharapkan rahmatNya.

Melakukan dosa besar andainya tidak bertaubat bersungguh-sungguh dan andainya kekal hingga ke Akhirat maka azab seksanya sangat dahsyat iaitu neraka. Sekiranya dosa itu sesama manusia dan tidak selesai ketika di dunia maka ianya akan menjadi hutang di Akhirat kelak. Pada ketika itu Allah  (سبحانه وتعالى) minta agar ditebus dosa orang itu dengan pahala yang kita miliki. Andainya tidak tertebus dengan pahala maka dosa orang itu pula akan berpindah milik kepada kita.

Dosa-dosa kecil Allah  (سبحانه وتعالى) gugurkan dengan memperbanyakkan amalan kebaikan dan kebajikan. Malah dosa kecil boleh gugur bersama titisan air wudhuk. Penghapusan dosa kecil juga berlaku melalui kesabaran dan keredhaan seseorang itu apabila ditimpa musibah. Namun itu tidak bererti kita boleh berbuat dosa kecil sewenang-wenangnya.

Kita juga perlu ingat bahawa pengampunan dosa itu adalah hak Allah  (سبحانه وتعالى). Manakala kita pula tidak dapat mempastikan dosa kecil yang mana dilupuskan oleh Allah  (سبحانه وتعالى). Sebagai hamba yang bertaqwa bukan sahaja dosa-dosa kecil itu dihindari, malah andainya tidak terlanjur kepada dosa pun dia tetap merasai berdosa.

Janganlah sekali-kali kita memandang kecil akan dosa, kerana dosa yang tidak terampun, walau sebesar habuk, pasti balasannya neraka. Ingatlah sabda Rasulullah ﷺ;

إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا 

”Sesungguhnya seorang mukmin memandang dosanya, seperti orang yang duduk di bawah sebuah gunung yang ia merasa takut jika gunung itu runtuh menimpanya. Sedangkan seorang pendosa memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dengan menggerakkan tangannya sedikit saja, lalat itu akan terbang.” (Bukhari)

Ramai ulama-ulama sufi yang mengucapkan ungkapan ini, "Janganlah pandang kecilnya dosa namun lihatlah kepada siapa engkau sedang berbuat dosa."

Wahai anak Adam, tiadalah Aku ciptakan api neraka itu melainkan untuk setiap:
1. Orang kafir.
2. Pengumpat dan penghasut.
3. Penderhaka ibu bapa
4. Orang yang riya'.
5. Orang yang enggan mengeluarkan zakat hartanya.
6. Orang yang berzina.
7. Pemakan riba.
8. Peminum arak.
9. Orang yang menzalimi anak yatim.
10. Saudagar yang menipu.
11. Perempuan yang meratap kematian.
12. Dan setiap orang yang jahat yang menyakiti hati jirannya.

"Melainkan sesiapa yang bertaubat, beriman dan melakukan amalan soleh, maka Allah akan menggantikan kejahatan-kejahatan mereka menjadi beberapa kebajikan untuk mereka, sedangkan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Furqan: 70) 

Kerana itu kasihanilah diri-diri kamu, wahai hamba-hambaKu. Kerana sesungguhnya badan-badan kamu itu lemah. Perjalanan ke Akhirat itu jauh. Bebanan ke Akhirat itu berat (persoalannya). Titian Siratal Mustaqim itu halus (berbahaya). Tuhan Yang Memerhatikan itu sangat melihat. Manakala Maha Hakim ialah Tuhan semesta Alam.

Bertaubat adalah jalan pembersihan dari dosa, dan pelepasan dari banyaknya masalah di dunia dan di akhirat. Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud, "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar (bertaubat) maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan dan memberinya jalan keluar dari kesempitan dan memberi rezeki dari arah yang tidak diduganya." (Abu Daud)

Allah sudi menerima taubat orang-orang yang berdosa, selagimana mereka tidak berputus asa atau jemu bertaubat.




 P/S : Ramadhan dah nak dekat , jom perbanyakkan amalan. Rebut peluang ini sebaiknya. InsyaAllah, moga Allah redha, moga Allah sayang.



Salam santun ukhuwah penuh cinta...''



 •ℒℴνℯ

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.


ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢ

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :


1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.


Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.


1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

MULA PADA DIRI SENDIRI DULU !




Salam santun ukhuwah penuh cinta...''


 •ℒℴνℯ

SALAM REJAB :)

Seburuk mana kisah SILAM kita .. Kita ada HAK atas diri kita untuk membuat PERUBAHAN ... Janganlah takut saudaraku untuk bergaanjak ke arah lebih baik untuk diri sendiri .. Di padang masyar .. Kamu bertanggungjawab atas diri kamu .. Segala yang diberikan apakah kamu amanah menjaganya .. Bila niat dah ada .. ALLAH akan hantar org yang baik2 untuk membimbing .. Sayangilah tubuh anda ..ketahuilah .. Syurga itu penuh RINTANGAN .. Manakala neraka penuh dengan KENIKMATAN DUNIAWI .. Tutup telinga dari dengar kata orang .. Sebab mereka sama sekali Tak membantu anda di alam kubur mahupun di padang masyar nanti .. Tiada istilah hipokrit sebab kamu ISLAM .. Manakala ini adalah pakaian untuk Islam .. Xpe mungkin agak panas .. Tapi ingat panas dunia x sama panas akhirat .. Dunia sebentar akhirat kekal .. Ikhlas itu akan hadir sendirinya .. 

YAKINLAH ALLAH ITU ADA DAN MAHA MELIHAT YANG BATIL ATAU YANG ZAHIR .. 



 P/S : TUTUP BUKU LAMA DAN BUKA BUKU BARU. SALAM BULAN REJAB DARI TUAN EMPUNYER BLOG :)
#Jom berhuijrah kearah lebih baik..


Salam santun ukhuwah penuh cinta...''



 •ℒℴνℯ

Owner Blog

My photo
Ketika engkau Sudah Jujur, namun Sering di dustai, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan keburukan... Ketika engkau Sudah Setia, namun sering di kecewakan, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan sebuah kekecewaan.. Namun Jika dengan DIAM membuat hatimu lebih Tersiksa, maka Katakanlah kepadanya dengan Sebaik-baiknya dan Sejujur-jujurnya Jika ingin menangis.. Menangislah..!!!! Cucurkanlah Air matamu di dunia yang Nyata ini... Dan jangan memendam air matamu di dalam Hatimu.. Karena Tangisan dalam Hati Sangat Sulit untuk mengubatinya Dan Harus percaya dan di yakini, Bahawa Sebesar apapun Rasa sakit itu, pasti Suatu saat nanti Allah SWT akan menggantikannya dengan SEBUAH KEBAHAGIAN YANG TERINDAH

Blogger templates


Archives

Blogroll

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...