ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢ


SKRIP HARI KOPERASI

ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS.

PERHATIAN: SEKARANG, RAKAN-RAKAN PENGAWAS KOPERASI SEDANG MENGEDARKAN LAGU SEMANGAT KOPERASI KEPADA GURU DAN RAKAN-RAKAN. PASTIKAN  ANDA MENDAPAT LAGU SEMANGAT KOPERASI TERSEBUT KERANA KITA AKAN MENYANYIKANNYA SEBENTAR LAGI.

Bismillahirahmanirrahim,

Yang Berusaha,
En. Abdul Khadir Jalani bin Mohamad
Pengetua SMK Gunung Semanggol

Yang dihormati,
En. Mohd Fodzi bin Osman
Pen Kanan Pentadbiran

En. Ab Raof bin Ramli
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Hajah Haliza binti Cha
Pen Kanan  Kokurikulum

Guru-guru cemerlang

Guru- guru kanan

Barisan para guru

Seterusnya..

Rakan pelajar sekalian.

Assalammu’alaikum warah matullahi wa barakatuh.
_____________________________________________________________________________________
UCAPAN ALU-ALUAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Hari Koperasi  SMK Gunung Semanggol  bagi tahun 2011.

Sambutan HKS pada yang diadakan di sekolah  kita bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan koperasi sekolah. Tema sambutan pada tahun ini adalah ”1 Untuk Semua, Semua Untuk 1 ”.


DOA

Bagi memberkati majlis ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Saudara Khairul Badri bin Sahibol Anwar untuk membacakan doa.

**Terima kasih diucapkan kepada saudara Khairul Badri di atas bacaan doa sebentar tadi.

LAGU

Seterusnya marilah kita sama-sama menghormati dan menyanyikan lagu:

1.Lagu Negaraku
2.Lagu Negeri Perak
3.Lagu Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan
4.Lagu Sekolah               dan
5.Lagu Semangat Koperasi

Bersedia:


BACAAN PERUTUSAN

( Rakan pelajar dibenarkan duduk).

**Tunggu semua pelajar duduk =)

Acara seterusnya ialah mendengar dan menghayati bacaan perutusan.

Diharapkan para pelajar dapat memberikan perhatian dan membuat catatan  kerana ada soalan-soalan kuiz koperasi esok dan hari Rabu nanti ada kaitan dengan perutusan yang akan dibacakan.
Majlis menjemput rakan pelajar: SAUDARA SHAHRUL AZIM B SHAMSUDIN untuk membaca perutusan  YANG BERHORMAT TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, MENTERI PELAJARAN MALAYSIA. Dipersilakan.
**Terima Kasih.
Seterusnya, majlis mempersilakan: SAUDARI NOOR ASFARINA BT MUSA untuk membaca perutusan YANG BERHORMAT DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB, MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK). Dipersilakan.
**Terima Kasih kepada saudari Noor Asfarina.
Seterusnya ialah bacaan perutusan PRESIDEN ANGKASA, PROF. DATO’ DR MOHD ALI HAJI BAHARUM. Untuk itu, majlis mempersilakan SAUDARI NUR NAJIHAH BT IBRAHIM. Majlis mempersilakan.
**Terima kasih diucapkan.
UCAPAN PERASMIAN
Usah tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan satria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput TUAN PENGETUA, EN. ABDUL KHADIR JALANI BIN MOHAMAD untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Koperasi SMKGS bagi tahun 2011.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan…

*** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan perasmian sebentar tadi.


UPACARA MENANAM POKOK
Seterusnya sekali lagi dijemput Tn Pengetua, En Abdul Khadir Jalani b Mohamad diiringi oleh Pn Hjh Haliza bt Cha selaku  Pengerusi Koperasi SMKGS dan Cik Nurul Izzah bt Pahim selaku guru Koperasi   ke meja di hadapan ini untuk upacara penanaman pokok sebagai simbolik perasmian HKS SMKGS 2011. Dgn hormatnya majlis mempersilakan.
***Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas kesudian merasmikan Hari Koperasi SMKGS 2011. Upacara penanaman pokok ini bertujuan memupuk nilai mensyukuri dan menghargai alam sekitar.

UCAPAN CIKGU KOOP
Untuk meneruskan majlis, saya menjemput Guru Koperasi SMKGS, Cikgu Nurul Izzah bt Pahim untuk menyampaikan makluman berkenaan aktiviti Hari Koperasi 2011 dan penyampaian sijil kepada Pengawas Koperasi Sesi 2011. Dipersilakan..

**Terima kasih diuacapkan kepada Cikgu Izzah.

 PENYAMPAIAN HADIAH
Pulau Pandan Jauh Ke tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang bAik Dikenang Juga

Indah Bunga Kerana Warnanya
Indah Manusia kerana Budinya



Oleh itu bagi menghargai sumbangan guru-guru dan rakan pelajar dalam kegiatan Koperasi pada tahun 2010, majlis  dengan segala hormatnya mempersilakan Pen. Kanan Pentadbiran, En Mohd Fodzi bin Osman untuk menyampaikan cenderahati mereka yang terlibat. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

**Tunggu cg Fodzi naik pentas dulu =)

Cenderahati Guru-Guru Koperasi Sesi 2010 (sebut nie)

1.       En. Abd Khadir Jalani b Mohamad selaku penasihat koop
2.       Pn Hjh Haliza bt Cha selaku pengerusi koop
3.       En kamal baharin b Abd Yazid
4.       Pn Rokiah Abdul Rahman
5.       Pn. Aishah bt Idris
6.       En Zulkurnain Haran
7.       Pn Hasliana Hashim
8.       Pn Hjh Siti Fatimah bt Ameri

Tokoh/Anugerah

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kpd koperator terbaik di kalangan guru dan juga pelajar.
HADIAH KOPERATOR TERBAIK DI GURU  BAGI TAHUN 2010:
En. Kamal baharin b Abd Yazid
( Untuk makluman semua, Cikgu kamal telah memegang jawatan sebagai setiausaha dan guru koperasi sejak awal penubuhan Koperasi SMKGs iaitu sejak tahun 1996. Sumbangan dan pengorbanan beliau selama 16 tahun terhadap koperasi SMKGS sangat besar )

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN RENDAH):
Saudari Nor Faezah Rosly

HADIAH KOPERATOR TERBAIK PELAJAR ( MEN ATAS):
Saudari Noor Asfarina bt Musa

KOPERATOR PELANGGAN TERKERAP ( GURU):
Ustazah Che Rokiah

KOPERATOR  SETIA (PELAJAR):
Ilyana najihah ( 1 Bukhari)

KOPERATOR TERAWAL sempena HKS 2011:
......................................................................

*** Setinggi-tingi terima kasih dan penghargaan kepada En. Mohd Fodzi  atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.


EDARAN HKS PELAJAR
Guru2 dan pelajr2 sekalian, sempena sambutan hks 2011 pada kali ini, pihak koperasi dengan sukacitanya akan mengedarkan pen-pen sebagai  tanda peringatan dan cenderamata kpd semua pelajar dan juga guru.

Majlis menjemput PK HEM, En Ab Raof untuk menyampaikan pen dan cenderamata kpd setiap ketua kelas. Dijemput ketua kelas tampil ke hadapan untuk menerima pen bagi pihak rakan-rakan yg lain.
Senarai kelas2:
1B, 1IS, 1M, IT, IN, 1AD
2B, 2IS, 2M, 2T, 2N, 2AD
3B,3IS, 3M, 3T, 3N, 3AD
4IS, 4M, 4T, 4N, 4AD, 4IM
5IS, 5M, 5T, 5N, 5AD, 5IM
Terima kasih diucapkan kepada cikgu Raof dia ats penyampaian cenderamata kepada ketua kelas sebentar tadi.
***kot2 ada cg2 lain nak berucap n pengumuman2...

PENUTUP

Kini, majlis tiba ke penghujungnya…

Di kesempatan ini, saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan HKS 2011.

Bunga Seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.w.





.•ℒℴνℯ

Leave A Comment

silakan komen ye...=)

Owner Blog

My photo
Ketika engkau Sudah Jujur, namun Sering di dustai, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan keburukan... Ketika engkau Sudah Setia, namun sering di kecewakan, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan sebuah kekecewaan.. Namun Jika dengan DIAM membuat hatimu lebih Tersiksa, maka Katakanlah kepadanya dengan Sebaik-baiknya dan Sejujur-jujurnya Jika ingin menangis.. Menangislah..!!!! Cucurkanlah Air matamu di dunia yang Nyata ini... Dan jangan memendam air matamu di dalam Hatimu.. Karena Tangisan dalam Hati Sangat Sulit untuk mengubatinya Dan Harus percaya dan di yakini, Bahawa Sebesar apapun Rasa sakit itu, pasti Suatu saat nanti Allah SWT akan menggantikannya dengan SEBUAH KEBAHAGIAN YANG TERINDAH