ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢ


SENGGUGUT..???


Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.










Senggugut 
utama

Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.


Senggugut
 kedua


Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

=========================================================================

Risiko 
senggugut

Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.
Gamat berkesan menahan sakit dan radang ketika senggugut. la turut memainkan peranan dengan mengurangkan pengeluaran prostaglandin tadi.

=========================================================================

Cara Merawat 
Senggugut


Pertukaran cara hidup seperti selalu senaman secara berkala dan permakanan seimbang mungkin melegakan sesetengah kesan PMDD. Terdapat bukti bahawa vitamin B6 dalam dos sehingga 100mg mampu meringankan simptom. Certain SSRIs provide relief as well. Pentakbiran Makanan dan Dadah U.S. (U.S. Food and Drug Administration – FDA) telah meluluskan empat ubat-ubatan bagi merawat PMDD: Fluoxetine (juga dikenali sebagai Prozac), diluluskan oleh Pentakbiran Makanan dan Dadah U.S. bagi PMDD pada 2000. Sertraline (Zoloft) diluluskan pada 2002, Paroxetine HCI (Paxil) dan juga Escitalopram Oxalate (Lexapro) juga telah diluluskan oleh FDA. Paten bagi Fluoxetine telah tamat tempoh, tetapi Eli Lilly berjaya mendapatkan paten baru bagi kegunaannya dalam rawatan PMDD, yang sejak itu dipasarkan secara meluas di bawah cap dagang Sarafem. Bagaimanapun Fluoxetine kini terdapat sebagai generik dalam dos yang sama dalam Sarafem, dengan harga generik kebiasaannya sebahagian kecil dari kos jenama Sarafem. L-tryptophan, a serotonin precursor, didapati dalam dua kajian menunjukkan kelegaan besar apabila dibekalkan dalam dos besar (enam gram) sehari.


Pilihan lain adalah rawatan hormon; rawatan paling mudah adalah pil perancang, yang mungkin mengurangkan atau malah menyingkirkan simptom. Pil perancang turut mampu memburukkan simptom sesetengah wanita kerana ia mengandungi progesteron dan ramai wanita mengidap PMS dan terutamanya PMDD adalah alahan kepada progesterone (yang terhasil semulajadi dalam tubuh mereka dan buatan). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa progesterone mungkin merupakan punca PMDD dan PMS (Watson et al 1989; Leather et al 1999; Studd et al 2004).

Rawatan penuh hanyalah dengan membuang ovari atau putus haid (menopause). Bagaimanapun, rawatan hormon biasanya diperlukan bagi meniru aras hormon semulajadi.

=========================================================================

Petua Nenek
 Moyang Melayu


Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab.

Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.


P/S : selamat mencuba...=)

.•ℒℴνℯ

Comments
One Response to “SENGGUGUT..???”
Leave A Comment

silakan komen ye...=)

Owner Blog

My photo
Ketika engkau Sudah Jujur, namun Sering di dustai, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan keburukan... Ketika engkau Sudah Setia, namun sering di kecewakan, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan sebuah kekecewaan.. Namun Jika dengan DIAM membuat hatimu lebih Tersiksa, maka Katakanlah kepadanya dengan Sebaik-baiknya dan Sejujur-jujurnya Jika ingin menangis.. Menangislah..!!!! Cucurkanlah Air matamu di dunia yang Nyata ini... Dan jangan memendam air matamu di dalam Hatimu.. Karena Tangisan dalam Hati Sangat Sulit untuk mengubatinya Dan Harus percaya dan di yakini, Bahawa Sebesar apapun Rasa sakit itu, pasti Suatu saat nanti Allah SWT akan menggantikannya dengan SEBUAH KEBAHAGIAN YANG TERINDAH