ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢ


JUMAAT TERAKHIR 2012


Assalamualaikum dan Alhamdulillah kita masih lagi diberikan peluang untuk hidup, sampai hari ni..
Dan paling penting pada jumaat terakhir untuk tahun 2012..entry kali ni cukuplah sekadar untuk aku berkongsi apa yang membuatkan aku nekad untuk tinggalkan segalanya kejahilan aku pada masa dulu.. Aku tahu mesti ramai orang disekeliling aku pelik dengan aku, sebab semuanya tiba-tiba.. Sebenarnya bukan tiba-tiba, tapi hati ini masih ragu-ragu. Dan saat ragu-ragu tu Allah detik kan hati aku untuk BERUBAH KEJALAN-NYA.Menangis ingat kejahilan dan kesilapanku dahulu, saat Allah dah bagi kita hidayah rugi kalau kita tak ambik dan manfaatkan.. Yup ! aku sedar, dah banyak kali aku abaikan peluang Allah bagi.. Masih berdegil ! Buat semua yang Allah larang.. Tapi Allah tak jemu untuk menyedarkan aku.. Hina kan aku? Sedangkan pasal agama semua inshaAllah aku tahu, tapi aku still buat apa yg Allah larang..
Astaghfirullahal'azim :'( aku malu denganNYA...


 Namun disebalik semua itu aku yakin Allah ingin yang terbaik untuk aku,.. dan aku yakin Allah sangatmenyanyangiku kerna itu Allah sentiasa sedarkan aku disaat aku hanyut dan lalai dengan keindahan duniawi yang sementara, ALHAMDULILLAH...
Aku selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada aku, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup aku seringkali berkalut derita. Tapi aku silap sebenarnya ! 

Sedangkan hakikatnya akulah orang yang paling bahagia, jika aku sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. Itulah hakikat bahagia..

ALHAMDULILLAH..






•ℒℴνℯ

Leave A Comment

silakan komen ye...=)

Owner Blog

My photo
Ketika engkau Sudah Jujur, namun Sering di dustai, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan keburukan... Ketika engkau Sudah Setia, namun sering di kecewakan, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan sebuah kekecewaan.. Namun Jika dengan DIAM membuat hatimu lebih Tersiksa, maka Katakanlah kepadanya dengan Sebaik-baiknya dan Sejujur-jujurnya Jika ingin menangis.. Menangislah..!!!! Cucurkanlah Air matamu di dunia yang Nyata ini... Dan jangan memendam air matamu di dalam Hatimu.. Karena Tangisan dalam Hati Sangat Sulit untuk mengubatinya Dan Harus percaya dan di yakini, Bahawa Sebesar apapun Rasa sakit itu, pasti Suatu saat nanti Allah SWT akan menggantikannya dengan SEBUAH KEBAHAGIAN YANG TERINDAH