ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢ


Mengapa Umat Islam Sembah Kaabah?


Jika bangsa yang beragama selain islam bertanya kepada kamu bahawa mengapa umat islam sembah
kaabah??umat islam menyembah batu lebih besar daripada patung-patung cina..Apakah jawapan yang akan kamu berikan jawapannya ada pada kisah yang diceritakan ini..

*********************************

A :"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

B:"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

A:"Baitullah tu apa?"

B:"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

A:"Allah ada dalam tu?
"
B: "Tak.."

A:"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?

B: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

A:"Kamu sembah apa?"

B:"Saya sembah Allah swt"

A:"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

B:"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

A:"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

B:"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

A: "Pernah.. selalu.."

B:"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

A:"Tengok perlawanan bola la.."

B:"Di mana?"

A:"Dalam tv la.."

B:"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

A:"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

B:"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

A:"So..?"

B:"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

A:"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

B:"Peliknya.."

A:"Sebab apa pulak pelik?"

B:"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

A:"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

B:"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

A:"Ya.. tak pelik.."

B:"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah. :)

Leave A Comment

silakan komen ye...=)

Owner Blog

My photo
Ketika engkau Sudah Jujur, namun Sering di dustai, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan keburukan... Ketika engkau Sudah Setia, namun sering di kecewakan, maka CUKUP DIAM SAJA, tak perlu membalasnya dengan sebuah kekecewaan.. Namun Jika dengan DIAM membuat hatimu lebih Tersiksa, maka Katakanlah kepadanya dengan Sebaik-baiknya dan Sejujur-jujurnya Jika ingin menangis.. Menangislah..!!!! Cucurkanlah Air matamu di dunia yang Nyata ini... Dan jangan memendam air matamu di dalam Hatimu.. Karena Tangisan dalam Hati Sangat Sulit untuk mengubatinya Dan Harus percaya dan di yakini, Bahawa Sebesar apapun Rasa sakit itu, pasti Suatu saat nanti Allah SWT akan menggantikannya dengan SEBUAH KEBAHAGIAN YANG TERINDAH